Saturday, July 14, 2012

Birthday-Explorace on the go!

Hari lahir supervisor saya pada 5th July. Seriusly, saya terlupa dan ingatkan birthday-nya jatuh pada 7th July. Lepas wish, saya duduk balik sambung kerja. Macam tak ada apa2 berlaku.. Sungguh!

Nak dekat waktu lunch, otak kreatif saya mula memproses satu rancangan jahat! Saya call kroni - kroni dan start the plan!

Mission Start: Bunga dihantar ke rumah kak asmah beserta sekeping kad.

Instruction bertulis: Sila ke sebuah kedai cenderahati di Shopping market untuk collect hadiah pertama.

[Time ni memang rasa macam nak terkeluar koklea sebab tak habis-habis kak asmah menjerit dalam telefon.. heheheh]

Pit Stop ke2: Tiba di kaunter The Gifts, kak asmah dapat satu bungkusan yang dalamnya ada keychain dan sekeping kad lagi.

Instruction dalam kad: Terus ke kedai buku berhampiran untuk collect hadiah seterusnya.



Pit Stop ke3: Penjaga kaunter hulurkan hadiah beserta sekeping kad. Hadiah dari kedai buku ni cuma sebuah box file. Jadilah tu kan? Niat for fun je.. hehe

Instruction bertulis: Sila ke Secret Recipe untuk collect hadiah terakhir.


Pit Stop terakhir: Taraaaaa.. Choc mud cake dan sekeping kad terakhir.

Note: Saya tak ingat isi kandungan kad itu melainkan perkataan "Congratulations" sahaja.. :D

Si Dija yang tak tahu apa pun jadi mangsa keadaan.. Tapi the best part is, by the moment kak asmah dapat bunga, dia dah tahu sapa punya angkara.. But, new plan berjaya direka untuk buat hari beliau kelam kabut. Well, kan dah cakap saya ni kreatif ;)

Soalan dari Kak Asmah: Macam mana saya yakinkan pekerja-pekerja kedai tu untuk simpankan barang?
Jawapan dari saya: Buat muka tak malu, dan minta mereka simpankan. " Tuan punya barang akan ambil sendiri."

Tak banyak masalah, kan?


P/S: Ini belom tahap gaban lagi neh :D

0 comments: