Tuesday, July 3, 2012

Saya hanya melayan otak saya berangan :D

Pagi-pagi ni sambil iron baju opis, otak saya ligat berfikir. Kalau ikutkan memang otak saya ni suka-suka je berfikir.. heeeeeee

Hari ni terfikir sesuatu yang saya rasa tak elok. Tapi demi rancangan sendiri, makin jauh la saya berangan! Whuahahahha..

Ceritanya begini..

Seperti yang kita (atau mungkin saya dan member2 dalam bidang semiconductor) tahu, market trend sekarang macam tak berapa nak best. Kalau market trend best pun, company tempat saya kerja ni yang tak best la gitu. Demand dropped way tooooo low.

Kebelakangan ni pula,

Saya merancang hendak berhenti kerja! Yeshhh! BERHENTI KERJA.. environment di tempat kerja ada la bersangkut paut sikit-sikit, tapi percaya lah bahawa sesungguhnya saya sangat sayangkan kerja saya ni.. Seriusss tak tipu hatta sebesar kuman pun walaupun ada beberapa orang pernah dengar saya kata yang saya benci kerja saya.. => Syaitan yang merasuk minda saya pada waktu tu yang salah!

Saya ada rancangan lain..

Saya merancang pergi umrah. Sepatutnya bulan December ni, tapi sebab ramai rakan baik saya akan menamatkan zaman bujang, dan saya pula dituntut untuk jadi pengapit di dua buah kenduri berbeza, maka saya tangguhkan hasrat itu. Ditambah pula dengan kawan baik dari sekolah rendah saya pun akan berkahwin pada bulan Mac nanti, saya dah janji nak menyibukkan diri untuk persiapan dia a.k.a wedding advisor (bukan planner ye, tapi sekadar menasihati dari tepi sahaja). Insyaallah, dengan izin Allah saya akan pergi, cuma tak tahu bila jemputan itu akan datang.. Rancangan ni masih kukuh dalam hati, harap-harap Allah perkenankan.. Aminnnn.. Sila doakan untuk saya juga ye  :)

Rancangan kedua..

Saya nak masuk Giatmara.. Ataupun Kolej Komuniti.. Tapi pilihan utama saya semestinya Giatmara. Saya nak ambil kursus menjahit selama 6 bulan, lepas tu masuk praktikal 6 bulan. Kenapa Giatmara? Lepas habis kursus boleh apply fund untuk buat bisnes sendiri. Saya tahu pasal pun lepas saya buat edisi soalsiasat di satu kedai di pekan kampung saya. Awesome! Naseb baek umur dorang lebih kurang sebaya dengan saya, maka semua pertanyaan saya dilayan.. Kalau tak, kompem depa berlagak dengan budak baru nak belajar ni.

Lepas tu...

Nak buat khidmat online juga. Maksudnya orang jauh pun boleh order dari saya. Sama ada uolls anta kain pada saya, atau pilih kain dari butik online milik kawan saya. Haaaaa... Lagipun, kalau masuk Giatmara, boleh la ambil mana2 student yang nak buat praktikal, join saya. Kan dah save bajet gitu. Kos student praktikal tak ada la mahal sangat pun kan?

Tapi kannn..

Saya sedang dihalang dari berhenti kerja!! Walaupun saya dah  aim to resign by December. Saya memang betul-betul nak berhenti sehinggalah niat saya dihalang orang luar. I repeat, orang luar... Tak ada kena mengena dengan orang dalam company pun. Isu education background saya dipersoalkan, "apa guna ada degree kalau tak bekerja?" Haissshhh, kalau saya boleh cepuk orang tu, saya akan cepuk.. Betul, tak tipu..

Jadi, mula lah nak berangan ni...

Saya terfikir kan best kalau company offer VSS pada kami. Hehehe.. Saya, insyaallah dengan senang hati akan ambil VSS tu, masuk 'family court' terangkan apa yang terjadi sambil buat muka 'adik tak tahu apa-apa pun', kendian buat conference dengan kawan-kawan baik. Dorang tak boleh buat apa-apa pun sebab perkara dah terjadi, dan saya bebas untuk teruskan plan saya. Saya tahu plan ni agak kasar bunyinya sebab bukan hanya melibatkan saya, tapi percayalah yang saya cuma melayan perasaan je. Dah nama pun 'siti di alam fantasi', kan? Berangan bagai nak rak!

Ok lah nak sambung kerja. Ada dua set ISO kuiz yang perlu dijawab..



P/S: Saya suka berangan.. Jadi? "Buat lah apa pun, asal jangan sampi jadi najis~"

1 comments:

eiman's mummy said...

ooooo..nak berenti keja yer...
nak pi belajar menjahit ajak kak wan sekali tau...hehehe