Monday, July 2, 2012

Trajisssss

Niat lepas subuh tak mau tido dah. Nak kemas rumah segala..


Jam 9pagi - Telefon member ajak brekfes.


Pakai je treksuit, tshirt, tudung & berselipar manik sebesar alam kesayangan.. Tak payah nak lawa2 sangat.. Boleh ler jalan samseng2 sket pakai macam gini kan? :P~

Brekfes punya lahap.. Pulut kuning + kari ayam. Member pulak ambik nasik dagang. Makan pulut pepagi terus rasa penat.. Tapi sambung makan mee kari pulak! Member pulak ambik nasik kerabu.. Haaaaa brekfes orang kulim macam pelik2 juga kan? Kat kedai tu ada nasi kerabu, pulut kuning, nasi dagang, laksam, bihun sup, bakso, lontong, mee kari dan macam-macam lagi.


Total untuk brekfes = RM17.50

Seriuss... Tak tipu..

Jam 11pagi - Lepak kat Giant pula.

Atas idea gila saya, kami tengok wayang pulak. Abraham Lincoln the Vampire Hunter 3D

Total movie = RM18


Sebelum movie start, kami masuk tempat main game. Mula-mula masuk memang pikir takde apa yang menarik, tapi tengok-tengok favret game saya dah ada dalam kedai ni, bersemangat lahhh! Tak cukup token yang member saya keluarkan, saya korek pula suma baki duit yang ada. Dasaaaaaaaaattt!


Keluar dari cinema, pegi lunch dulu di food court atas ihsan member saya tu...

Both of us habis RM50

Total of the day = RM100

Susah nak percaya, tapi terpaksa percaya.. Saya balik dengan ada hanya IC & lesen + kad Cosway sahaja dalam purse kecil saya.. Duit? Orang India kata "Yellek" *Sambil goyang2 kan kepala dan tangan*.


P/S: Kedai game tu yang salah.. :(

1 comments:

eiman's mummy said...

kak wan nak tau kedai tu!!!!
i like nasik kerabu..hehe.makanan ibunda tu.