Dapat housemate yang suka masak memang tersangat-sangat lah bahagia. Balik dari keja masuk dapur, tengok2 dah terhidang 2-3 jenis masakan. Alhamdulillah... Dan kami masih belom menjengah mana2 bazar Ramadhan di Kulim ni... - Saya boikot bazar demi mengelak pembaziran. ;)
Okeh, last week hari Jumaat adalah first time saya memasak di dapur. Yup.. Itupun sebab housemate balik kampung, dan dia pesan semua sayur2 dan ikan mesti dihabiskan sebelum dia balik!
Tak habis nanti, siap hang!
Kejam tak? Hmmm... Banding dengan saya hantar 'mesej ugut' pada dia yang berbunyi:
Petang ni jangan masak!
Jentik tangan tu nanti!
Lauk2 suma dah beranak pinak dalam peti ais tu
Kira kami seri la kan.. Well, kalau boleh semua jenis perkara nak masak, tapi kuantiti yg masuk mulut sikit je.. Sudahnya semua campak masuk fridge.
Last week dah buat nasi goreng campur banyak2.. Hari ni pulak terpandang murtabak megi tuna dalam majalah Dara.com... Eden dah terliur! Tunjuk pula pada colleague, dia pun sudah terliur.. Sama-sama terliur..
Ok! sudah sent SMS to housemate, takmo dia masak bebanyak sebab Siti di alam fantasi nak merealisasikan eksperimentasi beliau... uuuuuyeaaaahhhh~!
P/S: Bagi nama siap2 - Murtabak megi tuna advance...haha
0 comments:
Post a Comment