Sunday, July 17, 2016

Depresi

16 Julai, 2016

Hari ni buat kali pertama selepas 4 hari bersalin, saya dpt tidur dgn sofea. Itupun mungkin sebab husband perasan saya murung dan asik menangis. Terima kasih, I appreciate this moment..

Wanita sedang berpantang memang mudah depression. Suami patut alert, tapi saya akhirnya sedar that a man will always a man.. no sensitivity.. sampai ke satu ketika, saya rasa dh takde perasaan.. Jadilah apa nak jadi.. I will just go with the flow..
Ya Allah tabahkan hati...
Bye.

Friday, July 15, 2016

Goodbye

15 Julai, 2016

Dah agak.. Benda yang sangat ditakutkan tu jadi kenyataan. Sofea akan dibawa pulang ke rumah maktoknya sepanjang saya berpantang.

Tanpa minta persetujuan dari ibunya sendiri. Jadi, apa guna selama ni bertanya, kalau tahu keputusan saya tak penting?

Hati pecah remuk jatuh berderai.. Kalau anda seorang ibu, anda paham hati seorang ibu yg bakal dipisahkan dgn anaknya. Dah la dipisahkan, dgn hepinya mengupdate tanpa pikirkan hati ibu itu..okbye.

Wednesday, July 6, 2016

Cinta hati demam

5 Julai, 2016

Husband demam. Saya wajib lap badan husband atau anak setiap kali demam supaya suhi badan cepat turun. Time lap ni la saya become sensitif, dan bila sensitif saya jadi garang hanya utk sembunyikan sesitif tu..

Sempat lagi tercetus perbualan:

Isteri : Bila I takdek nanti, jgn malas lap anak kalau demam. Bahagian pelipat paling penting dan biar lama sikit.

Suami : Ayang nak g mana?

Isteri : Mana la tahu.....

Keadaan kembali sunyi...

Mujur bilik gelap, anak layan katun.

Suami bangun ke toilet, isteri cepat2 lap mata.

Kenapa? Mungkin saya takut nak maduk labor room tu. Nyawa d hujung tanduk orang kata.. memang dah ada pengalaman, tapi mungkin saya ada byk masa terluang, jadi kerap terpikir. Atau mungkin sebab dah tahu betapa azabnya menghadapi kelahiran..

Atau mungkin petanda....kbye.

37 weeks

5 Julai,2016

2nd pregnancy ni obviously mencabar. Jadi sensitif, kurang sabar, senang marah. Even tulis blog pun air mata mengalir gak. So, every blog entry memang disertai air mata... apa kes?

Kbye.

Esok raya

5 Julai,2016

Tak dapat tido. Tengah pasang telinga dengar husband mengemas rumah kat tingkat bawah. Dalam keadaan demam. Isteri buat apa? Baring dengan selesa atas katil sambil pasang aircond..

Make sense tak?.... okbye..

Tuesday, July 5, 2016

Hug.Pelukan.

4 Julai, 2016
Menerima dakapan yang erat dan penuh dari seorang suami kepada isteri adalah satu perkara yang boleh menukarkan apa jenis keadaan tegang pun kepada keadaan yang tenang. Walaupun pada mulanya isteri mungkin menafikan atau mengelak pelukan itu. Sebab dia tahu, kalau dia menerima pelukan itu, dia akan lemah lalu memaafkan..

Pendapat & pengalaman peribadi saya. Okbye.

Sunday, July 3, 2016

Bom Bom Chak!!

3Julai, 2016

Oh saya memang suka berjaga time2 ni, sebab time ni baby dalam perut rancak bergerak.. Berombak2 perut jadinya. Tapi tak pernah pulak nampak tapak kaki ke, tangan ke, jari ke.. Kalo baby sigung dengan siku, mau senak jadinya! Al maklum bb laki katakan..

*Pastu yg liat bgn sahurnya kite ler.. suke no berjaga...

Ok bye..