Thursday, July 12, 2012

Saya langgar kereta orang


 
Perkataan langgar mungkin terlalu kasar bunyinya, jadi saya tukar menjadi seperti di bawah:

Saya tergesel kereta orang.. *sesuai sikit kan?*

Jumaat lepas bersamaan 6th July, saya sangat tak larat.. Sepatutnya saya tidur dulu di cubicle sebelum balik untuk kumpul tenaga. Tak tahu lah apa yang buat tenaga saya out terus hari tu..Tapi lepas tu saya bingkas bangun, kemas2 dan cadang nak Asar di tingkat 3. Tapi saya terus keluar dan malas tunggu lif. I was seriussly exhausted!

Bila masuk taman tempat tinggal, saya perasan ada banyak kereta parking di kiri kanan jalan dan sebuah van. Makin dekat baru perasan yang van tu van jenazah. Teruskan matikan radio yang volume-nya dibuka tahap pecah telinga, baca fatihah untuk disedekahkan pada arwah. Saya terkejut jugak lah sebab rumah tu selang dua buah rumah dengan rumah saya tapi saya tak tahu apa-apa.. (inilah akibatnya bila pergi & balik kerja sahaja, tak bergaul dengan jiran).

Tup2 ada kereta lain dari arah bertentangan. Berhenti pula di depan rumah saya untuk beri laluan kepada saya. Hmmm.. Orang tak nak lalu, tapi ahli-ahli majlis bagi isyarat suruh lalu.. Dengan banyaknya kereta parking di kiri kanan jalan, ramainya org yang membanjiri kawasan tu, saya pun gerak je la...

Nak masuk di ruang kiri supaya kereta di depan dapat bergerak dan saya pulak boleh lah masuk parking di dalam rumah..

Sreeeeeeeeeeetttt!!! Tin mana pula aku langgar ni?!
Rupanya tergesel kereta Persona di sebelah kiri... heheheheheheheh... Tried not to be panicked. Parking kereta dalam rumah dan keluar jumpa tuan Persona. Lelaki, 30-an..

Memang salah saya, kan? Jadi, saya tak ada pilihan lain melainkan minta dia beri resit selepas selesai repair kereta tu.

Teruk sangat ke sampai kena caj RM200? Itupun dia call malam tu, katanya nak balik KL dh, tak sempat repair di sini. Telefon member yg expert kereta, dia suruh turunkan sampai ke RM150. Selesai nego, setiap jam pula tuan Persona ni call tanya dah bank-in ke belum? Kot-kot la dia nak sibuk baca tahlil untuk arwah nenek dia, tapi sibuk tanya dah bank-in ke belum? *Haaaaa kan dah start laser neh???* 

Selesai bank-in, dia tak sms lagi.. Lega.. Balik kampung pula, kena explain banyak3 dekat mak abah. Abah dengar je dengan tenang... Alahaii makk pula bagi tazkirah... Baikkkk, Insyaallah adik lebih berhati2..

Abang1 pula balik.. Panjang umor oooiii baru sebut nama terus muncul.. Larikk masuk bilik. Tido. Ni kira strategi terbaru untuk mengelak disoal dan dileter. *Pernah dengar lelaki berleter?*

Okbyeeee.

p/s: Menaip dari opis... Menaip kerana bosannn~~

0 comments: