Semalam sampai di rumah dalam jam 7 malam lepas balik makan di KFC dengan kawan. Tengok pulak hosmet, Aida dengan bahagianya berbaring di katil sambil buat report kerjanya. Apa lagi, melompat la saya ikut baring.. Kemudian terdengar sayup2 macam orang buat pengumuman di masjid berdekatan. Lepas tanya kawan yang tinggal di kawasan tu, baru tahu ada majlis bacaan yasin dan ceramah oleh Mufti Kedah.
Ooooohhh sangat penat dan beritahu kawan tak mau pergi. Tapi sebaik solat maghrib, saya rasa nak pergi.. demi tenangkan hati yang tengah bergelora dek hasutan setan (berkepuk2 SMS dihantar kepada mok tanda kecewa yang teramat).
Elok sampai di masjid, Imam dah panggil suruh rapatkan saf untuk Isya'. Padan muka ko siti, gataii mai lewat. Saf paling belakang di koridor la jawabnyaa.. Lepas solat terus himpit2 duduk di saf depan. Orang yang datang sangat ramai! Rupanya majlis yasin adalah anjuran sekolah menengah berdekatan sempena peperiksaan PMR & SPM akan datang.
Duduk di sebelah makcik2, semua ingat saya pun student sekolah menengah. Of course I took it as compliment!! haha..
Ceramah by Mufti Kedah Dato' Syeikh Muhammad Baderuddin
Tertarik dengan chandelier ni.
Last time pergi masa bulan puasa belom ada lagi.
Last but not least, saja nak tunjuk kraf yg saya buat khas untuk aida.
Lepas siap terus gantung dalam kereta dia. hehe..
Sapa yang berminat dengan FlyHeart ni (ceyh, tetiba dapat nama) boleh la inbox saya di sitidialamfantasi@gmail.com ;)



0 comments:
Post a Comment