1) Kali pertama menderma darah pada tahun 2008 waktu study degree. Tipu berat badan (44.5kg), Blood pressure kurang dan doktor suruh naek turun tangga banyak kali baru datang check lagi. Lepas derma, terhuyung hayang.. Padan muka tipu lagi berat badan!
2) Kali kedua menderma darah pada tahun 2010 waktu bekerja. Berat badan 45kg, medically fit! Tapi nurse pula bising urat tangan halus benor.. Dah cucuk, darah keluar tapi berhenti tiba2 dalam tiub tak sempat masuk beg darah pun.. Urgh Gaban ngeri! Nurse kecik reject dan tanya if nak cucuk lagi sebelah tangan? Nurse besar pula kata tak payah, susah nak cari urat kamu ni.. Terus larik la beb! Berjanji pada diri tak mahu derma darah sampai bila-bila. Ngeri sangatt!
3) Kali ketiga pada 20 Mar 2012.. Minggu gila, sedih, dan kecewa saya.. Demi nak melupakan perasaan ini, saya beranikan diri. Yup, kalau itu dapat melupakan apa yang difikirkan walaupun sekejap.. Tapi, risau jugak, mana la tahu kalau-kalau orang bergigi landasan ketapi tak boleh menderma kan. Rupanya boleh pulak! Tak dapat la nak larik..
Nurse kecik datang dari belakang dan tanya:
Boleh derma ke ni? Berat badan cukup?
Eeehh boleh laaa.. 47kg :)
(Kurus bukan sebarang kurus.. Kurus ada lemak tersembunyik okehhh)
Alamak, kena derma darah dekat nurse besar yang reject tahun 2010 tuuu.. Agagaga.. Sekali lagi nurse mengomel urat halus and xmahu timbul. Sekali nurse besau kasik pressure tangan sampai tak boleh bergerak. Panik kot! Buatnya kalau terlajak? Terus tak boleh gerak tangan ni nanti.. Haaa jenuh! Orang lain normal je kena cucuk tengan2 sendi siku tu, saya kena kat tepi. Gara - gara urat kecik.. Lepas tu baru nurse beritahu, kalo kena cucuk kat bahagian tu, sakitnya lebih sikit dari biasa.. Haduuii~
Orang lain purata dalam 5minits dah penuh satu beg darah. Mine took 10minits untuk penuhkan satu beg.. Gaban sangatt..
Xpe.. Yang penting hati ikhlas :)
::Malamnya bedal satu set 1/4 chicken + 2 sidelines, 1/4 chicken, porto rice, sparkling apple, dan 2 scoop eskrem di Nando's. Dasat tak?::
Ok Bye!
P/S: but the heart still bleeding...-sigh-
0 comments:
Post a Comment