Khamis/1 Mac 2012 - MC pertama pada tahun 2012. Tak pernah2 pulak sakit belakang, tetiba pagi kemarin bangun rasa sangat sakit!
Di tempat kerja pula sambil mengurut2 belakang badan, colleague dengan x sodap mulutnya cakap dah macam orang mengandung.. Okey2.. Nak jalan susah, nak duduk pulak xley lama2.. Seksanya..
Hari ni bangun pagi nak sms supervisor, gtau nak masuk lewat sebab nak ke klinik.
Doktor dengan selamba & tak beri salam terus tekan belakang badan dari atas ke bawah. SAKIT GILA! Pastu doktor gtau, tulang belakang x sakit, tapi muscle yang sakit.. (Selamat tulang belakang saya :) )
Doktor kasik satu papan ubat tahan sakit & ubat sakit urat. Excuse me? Ubat sakit urat macam da tua lak kedengarannya kan? Padahal umor baru nk masuk 18tahun.. Hmmm -_-ll
Sekarang ni cepat pikir! Apakah cara yang mudah dan sesuai makan obat? Saya suka ubat tp ubat x suka saya.. Harap maklum..
**Doktor kalo kasik MC sampai esok kan bagus gitu.. :)
P/S: Buat - buat lupa ubat tertinggal dalam kereta..

0 comments:
Post a Comment