Wednesday, January 25, 2012

Penutup Januari 2012

Bahagia betul di akhir-akhir Januari ni. 21st - 23rd January 5 femili dari johor berkampung di rumah. Wah! serius sendat! Kakak bertindak sebagai ketua masak. Saya pula jaga tempat tidur dan standby utk kerja2 ringan..

Nak tunggu mereka tidur bukan perkara mudah!

Biasalah bila adik beradik bertemu, memang xkan perasan dah lewat ke tak malam tu.. Tak habis bersembang di ruang tamu, Mak Itam, Pak Itam, Abah, Mak, dan atuk berpindah ke belakang rumah.. Bersembang dengan suara kuat dan hilai gelak mak dan adik beradiknya.. Aisshhh da tegur banyak kali, dorang asik terlupa jeee... Oh, jangan tak tahu, mak sangat menghiburkan bila mula bercerita.. :)




Paksa mereka tidur!

Hahaha.. Bila anak bongsu mula memainkan peranannya. Pukul 2 pagi lebih, berpikir dalam kepala, tak boleh jadik ni kalo dibiarkan mungkin sampai ke subuh tak tidur2. Terus bersuara, "abah kena tidur, nanti x sehat pula.. Yang laen pun sila tidur.. bersurai sekarang..." Apa lagi mak dengar saya sebut tentang abah, baru lah mak perasan dan hambat semua orang tidur... yesssshhhh! hahahaha... Dalam bilik, tidur berempat dengan mak itam, mak, dan atuk... haaa anda mampu? :P

Esoknya 22nd Jan..

Berangkat ke rumah Makngah Kiah di kampung tokwan. Makan kenduri, amik pic dengan sepupu, dengar ceramah tokwan dan bergerak ke Pekan Rabu. Huh, lama betul Mokteh dan Mak Itam shoping. Lepas 2 jam igtkan ber-beg2 yang dibawa, rupanya cuma ada dua beg kecik! Aiyaaaaa.... Terus kena booooo! Hahaha..


Malamnya...

Abang dan Kakmuni da surrender.. Dorang pasang khemah di belakang kot2 Dina nak tidur dalam khemah. Last2 dorg berdua tidur dlm khemah, Dina larik masuk rumah! Padannnnnnn.. Dah pukul 1 pagi lebih, serius mata sangat3 pedih dan bengkak. Tak larat nak tunggu! Keluarkan semua toto dan bantal, terus tidor. Pandai2 la mak arrange kan nanti. Esok pagi lepas subuh tanya Mokteh kul bape tidur, lepas ayam berkokok baru tidur.. Ya Allah, kalo tunggu, mau pengsan jadinya! Dasat betul depa...

Lusanya 23rd Jan...

Lepas lunch, mereka beransur pulang. Mak abah pun landing.. Saya penat jugak! Tapi perlu ke wedding adik kawan pula.. Dah janji mahu jumpa di sana, dan Gie pula beritahu ada kejutan. Dari jam 2pm ke 6pm baru balik rumah.... Xpeee mak x marah... Sebab jarak rumah ke rumah lida 10mins je.. :P

Ciao~!

0 comments: