Thursday, January 26, 2012

Kisah Romantis Saidatina Khadijah Binti Khuwailid

Ketika Rasulullah SAW pulang ke rumah setelah mengalami sesuatu yang luar biasa selepas menerima wahyu pertama, Khadijah, isteri baginda segera datang dan menyelimuti tubuh Rasulullah.

Dia kemudiannya duduk di sebelah baginda dan meluahkan bait-bait kata yang lunak dan mententeramkan. Dengan layanan tersebut, Rasulullah mula bersikap terbuka dan berkongsi cerita mengenai detik -detik mencemaskan yang dialami sewaktu berada di Gua Hira'. Disebabkan keterbukaan dan tawaduk baginda ditambah pula dengan sikap keibuan yang dimiliki Khadijah maka lahirlah suasana romantis ketika itu. Maka tidak hairanlah apabila baginda masih mengingati Khadijah biarpun isteri kesayangannya itu telah pergi menghadap Ilahi sebelum dirinya.

Sumber dari: Mingguan Wanita, Bil. 1471

P/S: Idola saya :)

0 comments: