Saturday, November 26, 2011

::Musim Cuti.Musim Kenduri::

26th Nov - Hari ni banyak sangat jemputan kenduri. Dari Kulim ke Bedong ke Gurun. Yang pasti, saya cuma sempat hadir ke 2 jemputan kenduri je. Cukup lah.. Bukannya boleh makan banyak2 pun. Tersangkut2 kat landasan ketapi ni nanti, lagi susah..

Oh! No picture...

Saya tak rasa nak bergambar. Serius! Sebab rumah pertama, saya xkenal pengantinnya, hanya adiknya sahaja. Dan.. Harap2 la femili beliau x perasan lah kehadiran artis ke rumah mereka ye! (booooooo!!)

Rumah ke2 pun sama.. Kawan sekerja, tapi bukan geng.. Bersembang dgn dia pun mcm bersembang pasal keje je... Tak santai langsung.. Tapi part lawaknya, time ktorang kat meja makan, ada la sorg makcik duduk & memulakan bicara..

Depa ni satu tempat kerja ka?

Ye Makcik..

Keja pa laki tu?

Errr... Tak sure pulak... Engineer kot??

Dengaq kata duda, betui ka?

Eh, xtau pulak yang tu.. Xrapat sangat dengan laki tu...

Pikir2 kalo lagi lama duduk dgn makcik ni, mesti lagi banyak dia nk tanya.

Terus dapat idea!

Makcik, kami pergi dulu ye.. Ni ha kawan saya nak kene masuk opis.. (Sambil menuding jari ke arah Cik Shafaq)

Amik ko terbeliak mata Shafaq, tapi pantas pulak dia mengiyakan. Keluar dari kawasan kenduri tu, tergelak2 shafaq & Adila.

Shafaq : Ooo, Pandai ea awak guna nama saya.. Masa bila pula saya decide nak masuk opis.. haha
Adila   : Macam ni rupanya org HR nak lepaskan diri kan...

-Kenyit mata sikit!-

Lepas hantar Shafaq, saya & Adila accidently meronda sekitar KTC. Sebenarnya tersalah belok dan terpaksa la guna jalan jauh. Tapi, konon2 nak cover, saya pun cakap, sebenarnya sesaja nak guna jalan ni, supaya kita dapat spent masa bersama.. (Gila!)

Eh, layan lak dila ni!

Oh, Sweetnya... Romantiknya! hahahahha... (berderai gelak dlm keta)

Tak jadi anta Dila balik..

Kami melencong ke kedai VCD di Tmn Selasih. Dila beli 2 VCDs, saya beli 1 cd - Agnes Monica. Buka dalam kereta. Masing2 pun mula tune suara & menyanyi dalam keta.. Hahaha.. Sudahnya, suara Agnes tenggelam, lalu muncul la artis duet baru - Siti Adila... wahahhaa..

Ok, dah ngarut lebih..

Kak Norin yang di rumah sedang demam, dan mintak dibelikan 100 plus tapi tak sampai2 pun pesanannya.. Kesian betul dia.. Terpaksa la dia tunggu sampai kami habis dating..

Mau pulang ke Bedong macam tak yakin. Tersangat lah mengantuk dek penangan nasik kenduri. Tapi mesti balik hari ni jugak sebab kelmarin abah dah kol, pagi tadi pulak mak kol. Abang pun da pesan tolong bawak balik ubat.

Ok la.. perlahan-lahan masukkan barang ke dalam kereta.

P/S: Selamat melangsungkan perkahwinan untuk semua... Semoga dilimpahkan cinta yang tak pernah pudar sehingga ke anak cucu. Amin..

0 comments: