a) Pagi2 bangun join mak menggembur tanah di taman astonikanya tu. Lepas mak masuk rumah, idea bijak pun mula terhasil! Hahaha... Tanpa approval mak, saya dengan gatal tangan menambah/tanam pokok bunga laen di petak taman depan. Hehehe.. Kemudian, masa untuk menyemai benih bunga matahari pulak.. Mak tak akan marah, sebab awal2 beliau da tau, satu2nya manusia yang berani kacau taman beliau adalah anak pompuan neh jeee...
b) Terjumpa lak pokok buah yang da lama tak makan kat depan umah! Pokok jiran sebenarnya tapi baru perasan. Ntah bila tahun la Kak Lia tanam pokok tu kan? Xtau nama betul pokok tu, tapi buahnya saya panggil strawberi. Buah2 yang da masak selalunya kaler merah ranum dan manis. Tapi tak sempat masak, budak2 da amik makan. Tinggal lah yang masam2. Xpe.. Amik jugak banyak2 dan cicah garam! Gila masam masin! Dina pulak cicah dengan gula.. Sambil mencicah, sambil kami urut abah..
c) Then terdengar pulak jiran sebelah keluar bawak cucunya keluar. Muhammad Adam, belom lepas pantang lagi. Adam sangat demand! Asal ada yang x kena, senang je nanges.. Meh Makcu nak culik awak! Gosok2 kepala botaknya, bley tertido pulak.. Hmmm, terpaksa la anta awak balik :(
d) Petang pula giliran Nurul Iman Raudah. Sejak2 da pandai cam orang, dengan makcu pun awak dah tak mau kan.. :( Terpaksa la makcu ambil awak dari Tok secara paksa.. Cebikkkk je dia tapi lama2 da okey! hahaha.. Dan suma orang pelik dia x nanges.. Wah, terer gitu!
e) Malamnya pula meng-escort my BFF, Kakton & Noeni ke Taman Tasik Putra. Waaaa... Xmo join, tapi lepas di-psiko, terpaksa la pergi.. Sampai je di event Ulangtahun ke-10 MPKK, terkejut tengok performance sedara sendiri sedang bergurindam atas stage. Lupa pulak Kak Linda ni kerja menyanyi.. Esoknya dia ada performance dengan Dayang Nurfaizah depan Tuanku Kedah di KL pula. Waaahh, eden berdarah artis ruponyo! Patut lah 'hwat' gitu~ :P
f) Kesiankan dua orang cute ni belom makan, so bawak lah depa g supper. Nak bawak g McD, da bosan pulak katanya.. So, singgah je di Wannie's resepi supaya nak balik nanti, dorang boleh straight terus masuk tol.. Hehe. line clear sebab tu berani bawak g makan kat restoran tu.. ahakkss~!
g) Tup2 what a coincidence! Boleh pulak terserempak di Trafic lite kan.. Haha.. Kesian sunggoh tengok sampai terlentok2 gitu.. Melambai dari dalam keta bajet pakcu nampak dalam keadaan mamun tu, then terus pecut ligan trafik lite depan pulak.. hehe..
Ok itu sahaja. Hari ni mau housekeeping!
P/S: Kakak! Cepat bangun... Tolong makcu lipat baju :)



0 comments:
Post a Comment