Wednesday, September 7, 2011

::Fried Oreo::

Ahad (4th Sept) adalah hari yang sangat membosankan. Duduk di rumah, layan tv, layan Dina. Elok dia tdo, cter2 kat tv plak xbest, bertambah bosan sorang2 di umah.

Pikir punya pikir, teringat nak buat eksperimen - FRIED OREO. Terjumpa resepi ni dalam website cutoutandkeep ni. Terus ke Tesco sorang2 beli bahan2nya:

1) Susu - Dalam web tu xgtau tau lak nak susu cair ke, susu lemak ke.. Hentam beli susu UHT yang kotaknya stripe merah putih tu.

2) Telur - Da ader kat umah.

3) Gula pasir - Untuk tabur atas fried oreo tu. Ala2 donut gitu. Malas nak blend, guna je GULA ICING lebih buat cupcake.. bijak2 :)

4) Garam - Da ader.

5) Tepung gandum - Haiish! Dalam web tulih ALL PURPOSE FLOUR. Penat melilau dlm tesco sorg2 cari tepung tu. Tepon kawan & mntak tolong googlekan, rupa2nya tepung gandum je pun! (Terlupa itu website mat saleh). - Ada macam2 jenis tepung ye kekawan.. :)

6) Minyak sayuran - Saya ni kekadang pending sikit. Dah ditulis vege oil, dok cari la perkataan tulih MINYAK SAYURAN atau VEGE OIL sahaja. Mana nak tau minyak jagung, minyak biji matahari pun tergolong dlm kumpulan minyak sayuran..! aduh2, kompem sakit perut mak gelak kalo cter pasal nih.

7) Baking powder - Masih ader di umah.. :)

Cara - caranya:
-Sila klik & rujuk di link di atas ye.. -


1) Bila bahan2 atas sudah disatukan, campak je oreo (pelbagai rasa ikut suka) dalam adunan tu. Gaul2 dan goreng je macam menggoreng buah sukun :)


2) Rupa yang diragui kesedapannya. Macam rupa buah nam nam pun ader. Bawak ke opis.




3) Letak di port lepak favret. (Sambil makan sambil snap)


4) Sambil makan sambil keje pulak ;)


P/S: Lebih sedap sambil minum teh o panas.. :)

0 comments: