Tuesday, September 6, 2011

::Fakta::

1. Sekurang-kurangnya ade 5 orang dlm dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ade 15 orang dlm dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.

11. Apabila anda terfikir anda tiada peluang utk mendapatkan sesuatu, mgkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

12. Sekiranya anda merasa terpinggir, fikir semula! mungkin anda yang meminggirkan mereka.

13. Jangan takut untuk meluahkan perasan anda, anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

14. Kenangkan segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, dan caci cela.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya,sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

p/s: no.15.. Terbaek~

0 comments: