Sunday, July 3, 2016

Perkara menakutkan untuk kelahiran kedua

3 Julai, 2016

1) Terbayang jarum yang akan menjahit kesan luka beranak.. Sakitnyaaaa!! Masa first time beranak tak ingat kalau misi ada cucuk ke tak tapi ngilu ooooiii.. Ni kekawan dok  cerita pulak, kelahiran seterusnya usually misi tak bius, terus jahit mentah2.. tak ke gila? Ingat macam  Rambo yg selamba je jahit luka sendiri? Aiyakkkkkk....~

2) Sangat takut if sofea diambil balik ke rumah maktokabah. Atas alasan supaya dpt berpantang dgn tenang. Tak mungkin hati akan tenang bila anak tak di depan mata kan? Memang lah sofea akan buas, sebab dia masih kecik, dah tu sampai hati nak pisahkan anak dgn mak? Tak terpikir apa yg dia akan rasa bila dipisahkan? Atay kita si dewasa ni rasa yang budak2 blom pandai pikir?

Tak tahu nak behave macam mana kalau betul2 sofea diambil..

Bye..berlalu pergi~

Pregnancy -36 weeks

3 Julai, 2016
Di saat hujung2 mengandung ni (36 weeks), banyak perkara yang dulunya senang tapi sangat susah nk buat. Tak boleh berdiri lama sebab kaki tak mampu tanggung berat perut. Naik tangga pun boleh mengah, bayangkan nak menunduk ambik barang di lantai pun letih!

Stress jadinya.. sebab kalau dulu tak perlu bergantung pada sesapa, sekarang rasa diri macam tak berguna kadang2. Benda nampak cikai je, tutup sebelah mata boleh setel, tapi pada saya dengan keadaan sarat ni, payahnyaaaaa...

Pernah sekali, lepas abang dan kak ipar balik dari rumah kami, mak dan husband pegi trawikh, saya menangis sambil basuh pinggan. Pinggang, dan kaki sakit tak terkata, tapi nak jugak habiskan! Lepas tu, rumah selerak, melekit sana sini (berbuka dgn anak2 sedara yg masih kecil). Nak sapu, nak mop, tapi saya tak berdaya!

Husband dan mak balik trawikh, buat mcm takde apa jadi. Selesai basuh pinggan, naik ke bilik, menangis semahunya. Husband pun terkulat2 jadinya. Sampai tersedu, terbatuk.. Menangis bukan sebab letih, sakit.. Menangis sebab marah sebab tak mampu nak habiskan suma kerja..

Tapi husband rileks je, disuruhnya rehat. Dia pula turun ke bawah, sapu, mop lantai, sidai tikar.. Bahagia beruntungnya saya dpt suami begini.

Memang bukan kerja isteri untuk buat semua kerja rumah kan, tapi bagi saya selagi mampu buat, buat lah.. jangan ambil kesempatan just sebab bersuamikan yang baik..kan?

Tetiba tak tau nak taip apa dah. Kbye

Monday, June 6, 2016

Ramadhan pertama, 2016

6 June, 2016 - 8:14pm

Alhamdulillah pada usia kandungan 33 mingu, saya dah berpuasa pada hari pertama. Nasib baik mintak keje 7am-5pm je, sebab pukul 5pm tu dah start "halusinasi" tentang makanan..

Balik rumah, mampu berdiri kejap je di dapur. Lepas masak kuewtiow kerang, terus terbaring! Rasa mcm baru blajar puasa pulak..huuuu

Alhamdulillah syukur bersuamikan husband saya. Saat dah tak mampu berdiri tapi nak sangat makan goreng pisang, husband la yang tolong potong pisang, buatkan tepung, dan goreng. Siap ada kurma goreng, dan buah tin goreng. Husband masak apa pun, tu lah yg paling sedap!

Misi nak turunkan berat husband, elak nasik semasa berbuka, elak air ais, elak pegi bazar..

Okbye.

Sunday, June 5, 2016

My Love

4 June, 2016 - 7am

Pepagi tengok muka tenang dorang ni tidur, rasa macam heaven je... :-)

Saturday, June 4, 2016

4 June, 2016 - 12.31am

Baru perasan, bila berdiam diri, tiba2 mengurut kaki? Tak perlu semua tu.. kalau rasa tgjawab, anytime boleh buat.. Percaya lah, ini saat pregnancy paling challenging. Asik sakit di pinggang, pelvis, lenguh di betis, kaki.. tapi mengadu minta diurut? Tak perlu kot... kecuali bila terlalu sakit, lenguh. Sebab kalo paham, boleh buat tanpa diminta.. Takkan isteri nk mintak diurut?

Kenapa diam? Jiwa kacau sebab terpikir tentang anak. Tak ada sebab lain melainkan anak.. Memikirkan anak yang diancam diambil orang.. Memikirkan cara untuk mengelakkan hal ni.

Hati dah mula kelam bila tiap2 malam terkenang. Airmata tak tahu dah berapa byk menitis. Ada tak sesiapa yang paham? Tiba masa mungkin terpaksa buat langkah sendiri. Terpaksa..

*Kalau lah abah masih ada... nak minta pnjam peha, nk baring.. penat..

Okbye.

Friday, June 3, 2016

Naluri resah seorang ibu

3rd June, 2016 - 5:16am

Seorang ibu akan tetap berjuang menjaga anaknya walaupun ibu itu penat, sakit, atau menghadapi apa2 kesulitan.

Seorang ibu takkan sanggup lihat anaknya menangis tanpa dipujuk..

Seorang ibu takkan sanggup berpisah dengan anaknya.

Seorang ibu sanggup kehilangan suaminya, namun akan mati tanpa anaknya..

Seorang ibu sanggup bergaduh dengan siapa pun demi anaknya.

Jangan dipermainkan perasaan hati seorang ibu.

Terluka hati seorang anak bermakna terluka juga hati seorang ibu.

E-Letter System

1st June, 2016 - 10:14pm

Selepas 2 tahun terpaksa melipat surat increment & bonus for employees at my place, last year my team came out with e-letter project. Ni bukan benda asing ye, in my previous company, system ni dh ada pun.

So hari ni launching system tu. 1st time employees masuk dlm system untuk view increment n bonus depa. Ada few errors yg mula buat BP saya naik seawal pukul 9 pagi.

1) Bose logo hilang bila employee printed out letter - Solved! Sebab employee pki IE instead of chrome.
2) Letter employees masuk dlm bucket supervisor yg salah - Solved! Dlm masa 30mins.. start berpeluh dh time ni.
3) Salary discrepancy - yg ni mmg gila yg masih belum setel smpi ari ni.. tp bukan salah e letter system, slh system workday yg sgt disayangi tu!

Semoga saya tabah dan jumpa jln penyelesaian..okbye