Sunday, July 3, 2016

Pregnancy -36 weeks

3 Julai, 2016
Di saat hujung2 mengandung ni (36 weeks), banyak perkara yang dulunya senang tapi sangat susah nk buat. Tak boleh berdiri lama sebab kaki tak mampu tanggung berat perut. Naik tangga pun boleh mengah, bayangkan nak menunduk ambik barang di lantai pun letih!

Stress jadinya.. sebab kalau dulu tak perlu bergantung pada sesapa, sekarang rasa diri macam tak berguna kadang2. Benda nampak cikai je, tutup sebelah mata boleh setel, tapi pada saya dengan keadaan sarat ni, payahnyaaaaa...

Pernah sekali, lepas abang dan kak ipar balik dari rumah kami, mak dan husband pegi trawikh, saya menangis sambil basuh pinggan. Pinggang, dan kaki sakit tak terkata, tapi nak jugak habiskan! Lepas tu, rumah selerak, melekit sana sini (berbuka dgn anak2 sedara yg masih kecil). Nak sapu, nak mop, tapi saya tak berdaya!

Husband dan mak balik trawikh, buat mcm takde apa jadi. Selesai basuh pinggan, naik ke bilik, menangis semahunya. Husband pun terkulat2 jadinya. Sampai tersedu, terbatuk.. Menangis bukan sebab letih, sakit.. Menangis sebab marah sebab tak mampu nak habiskan suma kerja..

Tapi husband rileks je, disuruhnya rehat. Dia pula turun ke bawah, sapu, mop lantai, sidai tikar.. Bahagia beruntungnya saya dpt suami begini.

Memang bukan kerja isteri untuk buat semua kerja rumah kan, tapi bagi saya selagi mampu buat, buat lah.. jangan ambil kesempatan just sebab bersuamikan yang baik..kan?

Tetiba tak tau nak taip apa dah. Kbye

0 comments: