Sunday, July 17, 2016

Depresi

16 Julai, 2016

Hari ni buat kali pertama selepas 4 hari bersalin, saya dpt tidur dgn sofea. Itupun mungkin sebab husband perasan saya murung dan asik menangis. Terima kasih, I appreciate this moment..

Wanita sedang berpantang memang mudah depression. Suami patut alert, tapi saya akhirnya sedar that a man will always a man.. no sensitivity.. sampai ke satu ketika, saya rasa dh takde perasaan.. Jadilah apa nak jadi.. I will just go with the flow..
Ya Allah tabahkan hati...
Bye.

Friday, July 15, 2016

Goodbye

15 Julai, 2016

Dah agak.. Benda yang sangat ditakutkan tu jadi kenyataan. Sofea akan dibawa pulang ke rumah maktoknya sepanjang saya berpantang.

Tanpa minta persetujuan dari ibunya sendiri. Jadi, apa guna selama ni bertanya, kalau tahu keputusan saya tak penting?

Hati pecah remuk jatuh berderai.. Kalau anda seorang ibu, anda paham hati seorang ibu yg bakal dipisahkan dgn anaknya. Dah la dipisahkan, dgn hepinya mengupdate tanpa pikirkan hati ibu itu..okbye.

Wednesday, July 6, 2016

Cinta hati demam

5 Julai, 2016

Husband demam. Saya wajib lap badan husband atau anak setiap kali demam supaya suhi badan cepat turun. Time lap ni la saya become sensitif, dan bila sensitif saya jadi garang hanya utk sembunyikan sesitif tu..

Sempat lagi tercetus perbualan:

Isteri : Bila I takdek nanti, jgn malas lap anak kalau demam. Bahagian pelipat paling penting dan biar lama sikit.

Suami : Ayang nak g mana?

Isteri : Mana la tahu.....

Keadaan kembali sunyi...

Mujur bilik gelap, anak layan katun.

Suami bangun ke toilet, isteri cepat2 lap mata.

Kenapa? Mungkin saya takut nak maduk labor room tu. Nyawa d hujung tanduk orang kata.. memang dah ada pengalaman, tapi mungkin saya ada byk masa terluang, jadi kerap terpikir. Atau mungkin sebab dah tahu betapa azabnya menghadapi kelahiran..

Atau mungkin petanda....kbye.

37 weeks

5 Julai,2016

2nd pregnancy ni obviously mencabar. Jadi sensitif, kurang sabar, senang marah. Even tulis blog pun air mata mengalir gak. So, every blog entry memang disertai air mata... apa kes?

Kbye.

Esok raya

5 Julai,2016

Tak dapat tido. Tengah pasang telinga dengar husband mengemas rumah kat tingkat bawah. Dalam keadaan demam. Isteri buat apa? Baring dengan selesa atas katil sambil pasang aircond..

Make sense tak?.... okbye..

Tuesday, July 5, 2016

Hug.Pelukan.

4 Julai, 2016
Menerima dakapan yang erat dan penuh dari seorang suami kepada isteri adalah satu perkara yang boleh menukarkan apa jenis keadaan tegang pun kepada keadaan yang tenang. Walaupun pada mulanya isteri mungkin menafikan atau mengelak pelukan itu. Sebab dia tahu, kalau dia menerima pelukan itu, dia akan lemah lalu memaafkan..

Pendapat & pengalaman peribadi saya. Okbye.

Sunday, July 3, 2016

Bom Bom Chak!!

3Julai, 2016

Oh saya memang suka berjaga time2 ni, sebab time ni baby dalam perut rancak bergerak.. Berombak2 perut jadinya. Tapi tak pernah pulak nampak tapak kaki ke, tangan ke, jari ke.. Kalo baby sigung dengan siku, mau senak jadinya! Al maklum bb laki katakan..

*Pastu yg liat bgn sahurnya kite ler.. suke no berjaga...

Ok bye..

Perkara menakutkan untuk kelahiran kedua

3 Julai, 2016

1) Terbayang jarum yang akan menjahit kesan luka beranak.. Sakitnyaaaa!! Masa first time beranak tak ingat kalau misi ada cucuk ke tak tapi ngilu ooooiii.. Ni kekawan dok  cerita pulak, kelahiran seterusnya usually misi tak bius, terus jahit mentah2.. tak ke gila? Ingat macam  Rambo yg selamba je jahit luka sendiri? Aiyakkkkkk....~

2) Sangat takut if sofea diambil balik ke rumah maktokabah. Atas alasan supaya dpt berpantang dgn tenang. Tak mungkin hati akan tenang bila anak tak di depan mata kan? Memang lah sofea akan buas, sebab dia masih kecik, dah tu sampai hati nak pisahkan anak dgn mak? Tak terpikir apa yg dia akan rasa bila dipisahkan? Atay kita si dewasa ni rasa yang budak2 blom pandai pikir?

Tak tahu nak behave macam mana kalau betul2 sofea diambil..

Bye..berlalu pergi~

Pregnancy -36 weeks

3 Julai, 2016
Di saat hujung2 mengandung ni (36 weeks), banyak perkara yang dulunya senang tapi sangat susah nk buat. Tak boleh berdiri lama sebab kaki tak mampu tanggung berat perut. Naik tangga pun boleh mengah, bayangkan nak menunduk ambik barang di lantai pun letih!

Stress jadinya.. sebab kalau dulu tak perlu bergantung pada sesapa, sekarang rasa diri macam tak berguna kadang2. Benda nampak cikai je, tutup sebelah mata boleh setel, tapi pada saya dengan keadaan sarat ni, payahnyaaaaa...

Pernah sekali, lepas abang dan kak ipar balik dari rumah kami, mak dan husband pegi trawikh, saya menangis sambil basuh pinggan. Pinggang, dan kaki sakit tak terkata, tapi nak jugak habiskan! Lepas tu, rumah selerak, melekit sana sini (berbuka dgn anak2 sedara yg masih kecil). Nak sapu, nak mop, tapi saya tak berdaya!

Husband dan mak balik trawikh, buat mcm takde apa jadi. Selesai basuh pinggan, naik ke bilik, menangis semahunya. Husband pun terkulat2 jadinya. Sampai tersedu, terbatuk.. Menangis bukan sebab letih, sakit.. Menangis sebab marah sebab tak mampu nak habiskan suma kerja..

Tapi husband rileks je, disuruhnya rehat. Dia pula turun ke bawah, sapu, mop lantai, sidai tikar.. Bahagia beruntungnya saya dpt suami begini.

Memang bukan kerja isteri untuk buat semua kerja rumah kan, tapi bagi saya selagi mampu buat, buat lah.. jangan ambil kesempatan just sebab bersuamikan yang baik..kan?

Tetiba tak tau nak taip apa dah. Kbye

Monday, June 6, 2016

Ramadhan pertama, 2016

6 June, 2016 - 8:14pm

Alhamdulillah pada usia kandungan 33 mingu, saya dah berpuasa pada hari pertama. Nasib baik mintak keje 7am-5pm je, sebab pukul 5pm tu dah start "halusinasi" tentang makanan..

Balik rumah, mampu berdiri kejap je di dapur. Lepas masak kuewtiow kerang, terus terbaring! Rasa mcm baru blajar puasa pulak..huuuu

Alhamdulillah syukur bersuamikan husband saya. Saat dah tak mampu berdiri tapi nak sangat makan goreng pisang, husband la yang tolong potong pisang, buatkan tepung, dan goreng. Siap ada kurma goreng, dan buah tin goreng. Husband masak apa pun, tu lah yg paling sedap!

Misi nak turunkan berat husband, elak nasik semasa berbuka, elak air ais, elak pegi bazar..

Okbye.

Sunday, June 5, 2016

My Love

4 June, 2016 - 7am

Pepagi tengok muka tenang dorang ni tidur, rasa macam heaven je... :-)

Saturday, June 4, 2016

4 June, 2016 - 12.31am

Baru perasan, bila berdiam diri, tiba2 mengurut kaki? Tak perlu semua tu.. kalau rasa tgjawab, anytime boleh buat.. Percaya lah, ini saat pregnancy paling challenging. Asik sakit di pinggang, pelvis, lenguh di betis, kaki.. tapi mengadu minta diurut? Tak perlu kot... kecuali bila terlalu sakit, lenguh. Sebab kalo paham, boleh buat tanpa diminta.. Takkan isteri nk mintak diurut?

Kenapa diam? Jiwa kacau sebab terpikir tentang anak. Tak ada sebab lain melainkan anak.. Memikirkan anak yang diancam diambil orang.. Memikirkan cara untuk mengelakkan hal ni.

Hati dah mula kelam bila tiap2 malam terkenang. Airmata tak tahu dah berapa byk menitis. Ada tak sesiapa yang paham? Tiba masa mungkin terpaksa buat langkah sendiri. Terpaksa..

*Kalau lah abah masih ada... nak minta pnjam peha, nk baring.. penat..

Okbye.

Friday, June 3, 2016

Naluri resah seorang ibu

3rd June, 2016 - 5:16am

Seorang ibu akan tetap berjuang menjaga anaknya walaupun ibu itu penat, sakit, atau menghadapi apa2 kesulitan.

Seorang ibu takkan sanggup lihat anaknya menangis tanpa dipujuk..

Seorang ibu takkan sanggup berpisah dengan anaknya.

Seorang ibu sanggup kehilangan suaminya, namun akan mati tanpa anaknya..

Seorang ibu sanggup bergaduh dengan siapa pun demi anaknya.

Jangan dipermainkan perasaan hati seorang ibu.

Terluka hati seorang anak bermakna terluka juga hati seorang ibu.

E-Letter System

1st June, 2016 - 10:14pm

Selepas 2 tahun terpaksa melipat surat increment & bonus for employees at my place, last year my team came out with e-letter project. Ni bukan benda asing ye, in my previous company, system ni dh ada pun.

So hari ni launching system tu. 1st time employees masuk dlm system untuk view increment n bonus depa. Ada few errors yg mula buat BP saya naik seawal pukul 9 pagi.

1) Bose logo hilang bila employee printed out letter - Solved! Sebab employee pki IE instead of chrome.
2) Letter employees masuk dlm bucket supervisor yg salah - Solved! Dlm masa 30mins.. start berpeluh dh time ni.
3) Salary discrepancy - yg ni mmg gila yg masih belum setel smpi ari ni.. tp bukan salah e letter system, slh system workday yg sgt disayangi tu!

Semoga saya tabah dan jumpa jln penyelesaian..okbye

Wednesday, June 1, 2016

My pesanan tu husband setiap kali sebelum bersalin

1June, 2016 - 12:27am

semua wanita yang merasai saat2 mengandung dan bersalin akan setuju dengan saya betapa azabnya nikmat tu. Okeh saya mentioned nikmat di situ. Nikmat manis walupun sangat melampau azabnya. Sebab tu peribahasa kata umpama nyawa di hujung tanduk.
Masa hampir dekat due date bersalinkan sofea dulu saya berpesan pada husband, "Bila I tak ada nanti, jaga anak kita elok2 ye".. Husband akan marah2 dan tak bagi pikir macam tu. Tapi pada saya, itu adalah realiti yang patut saya hadapi. Nyawa saya di saat melahirkan betul2 bahaya.

Dan setiap kali itu jugak la airmata saya mengalir dengan sendiri. Taknak berpisah tapi kalau itu takdirNya...

Sekarang saya dah 32weeks mengandung anak kedua.. Insyaallah bb boy. Dan sekali lagi saya suarakan pesanan saya, " Kalau I tak ada,jaga anak kita elok2 ye".. Dalam gelap sebelum tidur.. Husband buat2 tak dengar. Saya kata pada dia, ini adalah realiti untuk org bersalin.

Kenapa saya mesti kata macam tu? Kononnya saya berharap suami saya bersedia. Saya taknak husband bersedih, saya nak husband kuat demi anak2.. Tapi kalo betul saya pergi, semoga saya pergi dalam pangkuan suami, dan semoga dia berdoa untuk kami berjumpa lagi..

Tersedu dah.. gudnite. Okbye.

My husband nak pergi rombongan Mercy/UNCHR

1 June, 2016 - 12:19am

Dah la tak sempat bersembang, sebab saya rancak bersembang dengan mak mertua. Tiba2 husband pula kata nak masuk tidur dulu. Macam pelik, sebab husband tak pernah naik atas sorang2 tidur. Paling koman, husband tidur kat bawah je and kitorg akan naik sama2.

Rupanya company pilih husband untuk ikut team Mercy/UNCHR di... errr... lupa dah mana.. Sik kot? Kan dah kata tak sempat bersembang td..

Pukul 3.30pg husband nk bangun siap2, gerak. Rupanya pukul 4pg kena gerak dah.. Alaaaaaaa... ni yang berat hati ni.. mana laaa husband penah gerak keja seawal tu.. Sedih... Tak menyembang pun lagi ari ni.. hurmmm...okbye

My mom goes umrah

1 June, 2016 - 12.13am

Saya merelakan mak saya pergi umrah. Pergilah mana pun asal mak bahagia. Kalau abang2 OK, takkan saya nak,kata NO? Lagipun abang no2 ada kat Arab. 3 jam je dhration if nak jmpa mak, so tak kesah la kot, insyaallah.

Semoga yang terbaik untuk mak, tahu mak kuat, independent. Sebab, saya mewarisi attitude mak! Hahah..okbye!

Monday, May 30, 2016

Merajuk dengan Boss.. Menci

30 May, 2016 - 5:16pm


Okeh hari ni sangat terasa dengan my boss. Sampai hati dia cakap macam tu after what I have done to him? Kerja siang malam, conference call sana sini, ligan orang sana sini, I minta favor kecik kuman je, ehhh dia boleh jawab gitu?


Me : Boss, saya nk minta masuk lewat esok pagi sebab mak saya nak p umrah.

Boss : Mak u yang nak p umrah, apa kena mengena dengan u? (Nak kata orang tua ni period, tapi dia lelaki!)

Me : Saya nak g menghantar la.. Pukul 4 pagi, naik bas...


Kiranya dah habis baik la anak buah awak ni tak amik cuti, sebab dia tahu kalo dia ambik cuti, awak akan tetap ganggu hidup dia melalui Whatsapp, email, SMS... Takdek dia sehari, habislah information source awak..


Okbye! Nak balik.. saya merajuk dengan Boss!!!!!! I hate U!


Waktu yang amat diperlukan oleh seorang wanita

-Ini pendapat saya sendiri-


30 May, 2016 -12:49am


Malam ni sebelum tidur, kami ada discussion tentang perancangan berpantang saya. Suami mungkin lihat saya tak ada perancangan sebab asik tukar plan. Saya admit sebab saya nak semua orang equal. Saya tak nak suami saya susah terutamanya.


Pilihan pertama:
Saya nak berpantang di sisi suami saya. Saya nak suami saya yg jaga kebajikan saya, bukan parent saya, bukan parent suami saya. Sebab saya adalah tanggungjawab suami saya. Keadaan ni lebih kurang macam kita beranak, tp kita bagi parent kita jaga anak bila kita kluar bekerja. Tak adil kan? Saya x suka konsep tu. Kalo hidup nak senang macam tu, baek takyah beranak, setel~


Tapi, adik ipar lelaki tinggal sekali dengan kami. Of kos la saya akan rasa sangat tak selesa! Segala pergerakan terbatas. Lagipun dia tak mungkin dpt bantu apa2 pun. Katanya, dia akan start cuti semester 3 bulan, so sempat la saya nk berpantang kat rumah sendiri. Tapi, ada hal lain lagi yang mengganggu.


Rumah ni bertangga, bilik kami pula di atas. Tingkat bawah takdek bilik. Saya boleh je baring kat bawah, sebab kat bawah dekat dengan dapur, senang urusan. Tapi nak pegi toilet, kena naik tangga gak. Sebenarnya rasa lebih selesa kalo boleh dpt duduk dalam bilik kami sndiri. Dekat tingkat atas ada tv siaran unifi, toilet, cuma tak ada dapur. Mungkin terpaksa tunggu husband saya kalau nak makan, minum.. (sambil menulis ni sambil menitik airmata rasa sedih sebab rasa mcm sgt memnyusahkan dan membebankan suami) :(


Pilihan kedua:
Berpantang di rumah mak sendiri. Supaya saya boleh berpantang dengan aman. Saya tak harapkan pun mak untuk tengokkan sofea, atau adik sofea, sebab saya sendiri dah lalui semua tu masa bersalinkan dan berpantang sofea. Cukup lah at least ada orang tengok saya masa suami bekerja. Kadang2 dengar kes orang berpantang ni macam scary jugak. Masa lahirkan Sofea, saya berpantang 2 minggu (atau kurang) di rumah mak mertua. Sebabnya mak saya nak kena anta atok balik johor sebab nak pegi umrah. Sebab taknak mak risau, saya kata akan pantang kat umah mak mertua. Tapi disebabkan keputusan ni jugak, saya SANGAT2 fobia utk berpantang d rumah orang, dan takkan ulang benda,sama lagi. In fact, saya taknak ada apa2 connection langsung sepanjang waktu saya berpantang. Teruk kan menantu ni? Apa berlaku? Biar saya je yg tahu cerita sebenar. Don't get me wrong, parent in law saya sangat bagus, cuma keadaan saya je yang berada dalam waktu yang tak sesuai.. Disebabkan ni jugak pendapat peribadi saya teguh mengatakan tak kisah sebagus mana parent in law, kalo parent sendiri masih ada, pergilah berpantang kat rumah parent sendiri. Yes, I was stupid at that time, sedangkan adik ipar perempuan saya, bila dia berkhawin dan beranak, 100% gerenti dia,pun akan balik umah mak dia..confirm! Saya ni pulak berlagak menantu contoh..haha (Gelakkan diri sendiri).


Pilihan ketiga:
Antara duduk di rumah kulim or bedong dengan diuruskan oleh bidan sepenuhnya. Kakak ipar saya hire bidan selama 30 hari utk jaga dia dan baby. All-in! Mengurut, tangas, tungku, pakai bengkung, mandikan anak, susukan anak. So mak dia pun tak susah sgt walaupun pantang di rumah mak. Choice ni yang paling saya nak, sebab saya sendiri pun penah cakap kat husband, kalo ada confinement center, saya nak duduk d situ sampai habis pantang, supaya saya rasa selesa, dan tak susahkan sesapa termasuk suami. Saya boleh buat macam ni kat rumah mak atau rumah sendiri. Sekarang ni kena start survey, dan pikirkan untuk kumpul duit banyak2, supaya boleh pilih option ni.


Hurm, saya rasa sangat serabut. Bila ditanya semua ni, sebab kalau nak saya jawab secara jujur, saya taknak ada sapa2 pun kacau saya sepanjang tempoh berpantang! Saya tak suka orang tahu saya bersalin, saya tak suka orang datang melawat sama la macam saya tak suka,orang datang melawat saya sakit. Saya tak suka orang banyak tanya, saya tak suka orang pandai2 kalau saya tak tanya! Haaa kejam kan pengakuan saya? Saya cuma nak rasa selesa sepanjang tempoh berpantang.. boleh tak? Sebab bagi saya, tempoh berpantang adalah tempoh yang paling emosional, dan penting bagi wanita. Sakit, letih, tak bermaya, energy limit, suma waktu ni. Tambah pulak kalau breastfeed, boleh lembik.. tapi perempuan ni kuat. Dia punya sifat penyayang, melebihi semua keletihan tu sampai seorang suami pun kadang2 tak nampak keletihan tu...sekian..

Blogging melalui handphone

Macam terbantut je blogging pakai hp ni. Orang buat next paragraph, tapi jadi bersambung gak. Orang buat bullet pun dok bersambung gak. Dok kata nak edit esok paginya, tapi asik lupa.. tu je. Kbye