Sunday, April 29, 2012

Banyak cerita dalam satu post

Last week mood mau pakai tudung style sket. So, I grabbed a shawl dan semat3..
Ini hasilnya..


Tengah meeting pun sempat lagi snap!

~~~~~~~

Pada hari yang sama, 23th Apr, seorang kawan lelaki minta beri pendapat untuk beli kek harijadi untuk cinta hatinya. So, saya suggestkan untuk beli kek chocolate indulgence, Secret Recipe tapi tak sangka dia nak belikan yang sebiji tu.. Dan saya pun volunteerkan diri untuk tolong belikan, since waktu lunch memang nak ke tempat dekat2 situ.

"Hatiku Milikmu" ... Ilham dari orang kreatif..Ngeehehe

Balik dari lunch break..

Kawan lelaki tu tunggu di parking car pegang bunga dan kad. Oh makk! Walaupun bunga tu bukan untuk saya, tapi seriuss malu nak pegang & bawak masuk ke opis. Dan Seriuuuuuss! Bunga and kad tak termasuk dalam khidmat nasihat yang diberi pada dia.


Cepat-cepat letak di lobi, suruh receptionist call gilprennya dan terus masuk opis.

~~~~~~~

24th Apr pula ke USM main campus, Penang untuk event mock interview. Tiap-tiap tahun pergi tapi tetap sesat. Teruk betul! Turun bridge dah beri 100% fokus kat jalan. Boleh pulak tersesat sampai ke Intel sana. Then pusing balik, termasuk pulak kawasan apartment entah di mana. Kemudian terlajak pula sampai di bulatan Georgetown sana. 45mins sesat, colleague tunggu depan dewan sambil senyum.. Haiiiihhh maluuu -_-"


Selepas 1 jam lebih di sana, terus kalut nak balik opis.. Bosan~

~~~~~~~

Hari ni pula pergi kenduri kawen kawan skolah menengah di Gurun. Lama x jumpa my beloved frens, Kakton & Noeni - Masing2 dah makin tembam. Haiihh, diri sendiri je masih bersaiz model~

Pengantin lelaki, Saufi..

Masa kami tiba di rumah kenduri, pengantin tengah karaoke lagu hindustan dari movie Khabi Khushi Khabi Gham dan Kal Ho Na Ho. Pergh, naseb baek tak berjodoh dengan dia, kalo tidak kompem kena nyanyi lagu tu.. Ah malu lagik! 



Okeh plan seterusnya..

Ke butik tempat kawan bekerja di SP. Dah pesan suruh dia simpankan baju kaler gold. Memang kena pesan sebab susah betul nak dapatkan baju size model di mana-mana. Baju kaler gold ni mak uda yang suruh sediakan untuk kenduri adik sepupu di Johor 27th May nanti. Harap2 cuti dari 25th -29th May ni diluluskan..Aminn~~


RM225 lesap untuk baju di atas, dan lagi RM175 lesap untuk sepasang jubah.. *Takkan soping lagi untuk 3bulan demi nak cover balik bajet soping!

 Mereka berdua pun cuci mata juga

Aktiviti terakhir sebelum balik mestilah makan eskrem yougurt di Legenda Height, SP.


0 comments: